as salam...3 hr berturut turut che fa buat kek coklat..selain menjimatkan ia sangat seronok sebab kerja memasak sngat mudah dan bersih dengan menggunakan pc Nxxa ni..bukan nak promote just nak share je..hampir semua anak2..mak mak budak suka makan kek coklat..rasa puas sangat bila kita masak dan ada orang tolong makan.Tapi bagi sesiapa yang takde pc Noxxa anda bole je guna piuk kukus tu tapi jangan lupa alaskan dengan kertas dalam acuan kek bagi memudahkan kita nak keluarkan kek tu dan tutup di atas acuan tu dgn aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam kek.
che fa dah lama ada periuk pressure cooker noxxa ni tapi tak pernah la nak try sbb xda ilmu nak buat kek mnggunakannya..dulu dok pakai beli sbb dalam kepala nak masak sop tulang ja..tp semenjak join group amway mereka selalu share resepi dan cara nak memasak.so rasa beruntungnya aku memiliki periuk ajaib ini..hehehhehe
lets go che fa story cara nak buat kek coklat yang best ni...bahan bahan nya che fa cari ja kat internet..so pastinya che fa cari yang paling mudah nak buat..so setakat ni inilah resepi yang che fa guna dengan confidentnya dan mmg menjadi dengan gebus dan lembab nya..
bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat..che fa pakai 1/2 cawan ja...
1 cawan gula biasa dan pastu che fa kisar bagi hancur
bahan B
3 biji telor yang diblender bagi kembang..
(xmau blender pun xpa tapi pukulah sampai kembang..che fa ni malas sikit.hehehhe)
bahan C
1 1/4 cawan tepung naik sendiri..
(che fa mmg suka guna tepung ni sbb che fa ni xsuka nak ayak2 tepung ngan serbuk penaik..leceh je..dengan debu debu yang akan mencemarkan dapo ku..heheheh)
cara-caranya
campurkan semua bahan A dalam periuk yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik yang anggaran muatannya boleh memuatkan bahan A,bahan B dan Bahan C...tujuannya kenapa???sbb senang takyah nak penat2 basuh piukk..hehehheheh
kacau bahan A di atas api yang kecik sehingga bahan tersebut sebati..pastu tutup ja api dan masukan bahan B iaitu telor yang telang kembang dipukul atau diblender tu.kacau dengan kasih sayang mengikut arah lawan jam..(putaran lalauan kaabah kan mengelilingi lawan jam..hehehehe)..
bila telor dan sebati masukan bahan C iaitu tepung naik sendiri..kacau dan kacau sehingga sebati...bila nampak dan cantik dan sebati terusja tuang dalam piuk ajaib kita tu..tak yah nak letak kertas ke majerin ka..sure tak melekat punya...setkan stim dan masa 30 minit.jangan lupa laraskan injap stim supaya wap bole kelua.
ketika proses memasak periuk tu akan sentiasa ada bunyi signal seperti sudah siap memasak tetapi abaikan bunyi tersebut sehinga masa pada skrin tunjuk bacaan 0 barula buka penutup..
waaa mmg akan terselah kegbusan kek anda..cubalah sendiri..dan telangkupkan periuk anda mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi yangg anda miliki untuk melakukannya..
hiaskan kek anda dengan topping yang sedap dan menyelerakan anda utuk memakannya.
di bawah adalah resepi topping yang sy suka.
topping
- sedikit serbuk koko
- susu pekat
- susu cair
- sikit mentega tau manjerin atau sikit minyak nak bagi kilat
sukatan untuk topping ikut deria rasa korang..sebab serbuk koko tu pahit so nak bagi sedap kita kena letakkan susu pekat so pendaila korang nak isi berapa banyak ya..masak kesemua bahan dia atas api yang kecik hingga sebati dan pekat dan tuang dia tas kek yang telag siap
![]() |
| bertambah biras dan adik ipar che fa ni makan sbb kek ni baru sahaja siap ketika mereka sampai ke rumah che fa..memang langkah kanan ek..nyum nyummm |
selamat mencuba ya..



assalamualaikum,sy ariff,nak tnya mngenai ppj yang akk buat,kos kejuruteraan mekanikal kan?,,mohon kita dpat berhubung di nurariffasman@gmail.com terima kasih
ReplyDeleteMaaf ye nk tanya...kenapa kek tu petak tidak bulat macam periuk noxxa?
ReplyDeleteBunyinya sgt kuat dan mengganggu.... Huhu
ReplyDeletenak tanya steam tu letak air ker tak?
ReplyDeletesaya br try tadi.. x letak air.. cuma setkan tombol ke steam/bake(ikut p.c masing2 la....
Delete