Monday, 7 November 2016

kek coklat kukus pakai pressure cooker noxxa yg sangat mudah




as salam...3 hr berturut turut che fa buat kek coklat..selain menjimatkan ia sangat seronok sebab kerja memasak sngat mudah dan bersih dengan menggunakan pc Nxxa ni..bukan nak promote just nak share je..hampir semua anak2..mak mak budak suka makan kek coklat..rasa puas sangat bila kita masak dan ada orang tolong makan.Tapi bagi sesiapa yang takde pc Noxxa anda bole je guna piuk kukus tu tapi jangan lupa alaskan dengan kertas dalam acuan kek bagi memudahkan kita nak keluarkan kek tu dan tutup di atas acuan tu dgn aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam kek.

che fa dah lama ada periuk pressure cooker noxxa ni tapi tak pernah la nak try sbb xda ilmu nak buat kek mnggunakannya..dulu dok pakai beli sbb dalam kepala nak masak sop tulang ja..tp semenjak join group amway mereka selalu share resepi dan cara nak memasak.so rasa beruntungnya aku memiliki periuk ajaib ini..hehehhehe

lets go che fa story cara nak buat kek coklat yang best ni...bahan bahan nya che fa cari ja kat internet..so pastinya che fa cari yang paling mudah nak buat..so setakat ni inilah resepi yang che fa guna dengan confidentnya dan mmg menjadi dengan gebus dan lembab nya..

bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat..che fa pakai 1/2 cawan ja...
1 cawan gula biasa dan pastu che fa kisar bagi hancur
 
bahan B
3 biji telor yang diblender bagi kembang..
(xmau blender pun xpa tapi pukulah sampai kembang..che fa ni malas sikit.hehehhe)

bahan C
1 1/4 cawan tepung naik sendiri..
(che fa mmg suka guna tepung ni sbb che fa ni xsuka nak ayak2 tepung ngan serbuk penaik..leceh je..dengan debu debu yang akan mencemarkan dapo ku..heheheh)


cara-caranya
campurkan semua bahan A dalam periuk yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik yang anggaran muatannya  boleh memuatkan bahan A,bahan B dan Bahan C...tujuannya kenapa???sbb senang takyah nak penat2 basuh piukk..hehehheheh

kacau bahan A di atas api yang kecik sehingga bahan tersebut sebati..pastu tutup ja api dan masukan bahan B iaitu telor yang telang kembang dipukul atau diblender tu.kacau dengan kasih sayang mengikut arah lawan jam..(putaran lalauan kaabah kan mengelilingi lawan jam..hehehehe)..

bila telor dan sebati masukan bahan C iaitu tepung naik sendiri..kacau dan kacau sehingga sebati...bila nampak dan cantik dan sebati terusja tuang dalam piuk ajaib kita tu..tak yah nak letak kertas ke majerin ka..sure tak melekat punya...setkan stim dan masa 30 minit.jangan lupa laraskan injap stim supaya wap bole kelua.

ketika proses memasak periuk tu akan sentiasa ada bunyi signal seperti sudah siap memasak tetapi abaikan bunyi tersebut sehinga masa pada skrin tunjuk bacaan 0 barula buka penutup..

waaa mmg akan terselah kegbusan kek anda..cubalah sendiri..dan telangkupkan periuk anda mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi yangg anda miliki untuk melakukannya..

hiaskan kek anda dengan topping yang sedap dan menyelerakan anda utuk memakannya.


di bawah adalah resepi topping yang sy suka.

topping
  • sedikit serbuk koko
  • susu pekat
  • susu cair
  • sikit mentega tau manjerin atau sikit minyak nak bagi kilat

sukatan untuk topping ikut deria rasa korang..sebab serbuk koko tu pahit so nak bagi sedap kita kena letakkan susu pekat so pendaila korang nak isi berapa banyak ya..masak kesemua bahan dia atas api yang kecik hingga sebati dan pekat dan tuang dia tas kek yang telag siap

cari je bekas tuppawe yang muat muat kek ni senang nak tuang topping atas tu.mudah nak simpan dalam peti  dan coklat topping  akan meleleh terus dalam bekas.coklat tu kita boleh sauk klu sukakan ektra..heheheh

bertambah biras dan adik ipar che fa ni makan sbb kek ni baru sahaja siap ketika mereka sampai ke rumah che fa..memang langkah kanan ek..nyum nyummm
 

selamat mencuba ya..



Bukit Batu PutihTanjung Tuan Port Dickson untuk jom sihat.!!!

hahahahhahahahahahhahahahahahahahahahahahah!!!

as salam semua..jumpa kembali..lama gila che fa tak menulis..rasa hrni nak menulis plk setelah abis kerja making paper final..padahal ada lagi kerja lain yg menunggu tapi nak juga mengintai blog yg penuh habuk ni..hehehhe


topik harini che nak cerita pasal tanjung tuan.Lokasi hutan rekreasi Tanjung tuan ni tak la Jauh sgt dr umah che fa...dan opis che fa pula sebelah umah jgk..so sgt la dekat kan..che fa menetap di port dickson ni sejak 2003 lg tapi tak tahula rupanya hutan rekreasi Tanjung Tuan ni galmor ..Ya Allah nampak sangat lah che fa ni anti social..huhuhuhu sedeyyyy kan..mmg che fa akuai dulu hujung mnggu masa che fa abiskan utk pergi kuliah dan hari-hari biasa dihabiskan dengan rutin harian yang tak pernah nak abis kerjanya sebagai seorang pengajar di politeknik dan ibu di rumah.

Tp semenjak che fa ada opis mate baru kak helly ni maka bermula aktiviti jom sihat mendaki di Tanjung tuan.Kiranya baru sekarang kot jumpa opis mate yg minat kearah tracking.sebelum ni mb takde geng ..sebab tak semua orang mempunyai minat yang sama..che fa ni mmg sukakan aktiviti outdoor..kekadang mmg kita ni sibuk tapi klu ada geng yang punya minat yang sama masa yang sibuk tu bole diadjust..heheheh..kan!!!

let go che fa story pasal Tanjung tuan ni..bila u all masuk kat dalam hutan ni..ada banyak laluan tracking..bagi yang baru nak bermula u all elok la lalu jalan tar dulu..walaupun jalan tar megahhh bebb!!!hehehe..u all dtg ja sini sure ramai ja orang..nnt follow je depa..klu nak ikut jalan tar just jalan ja terus hingga hujung jalan pastu u all akan nampak umah api.dr situ u all akan nampak view laut yg luas lagilah cantik..jagan lupa cakap subhanallah tau..hehehe

bagi yang ada energy tu sgt2 di alukan teruskan tracking korang meredah hutan..untuk jumpa "Batu Putih Tanjung Tuan"..view kat sini lagi la cun...lagi lagi masatu ada angin kuat..perhhhh rasa xmau balik nak tdo ja situ...untuk berjumpa dengan laluan track batu putih korang kena masuk hutan sikit sebelah kanan sebelum jumpa rumah api.kalu korang mai sini dan nampak ada org tetiba belok je kanan dan  masuk hutan ..nant korang follow la..jgn takut sebab laluan denai tu mmg telah disediakan..ikutja laluan tu insya allah akan smpai..tak akan sesat..heheheheh...cuma dr jalan tar nak ke puncak batu putih tu mb ambik masa dlm 1km kot...so korang boleh anggar la stamina yang korang akan perlukan..heheheheh

 
nie view waktu petang dlam kul 5.45pm
 
 
puncak Batu Putih ni keluasan nya kecik ja.cantik kan view laut.
 
 
 
perhatian!!
 
untuk sampai ke puncak Batu Putih tu ada ada bnyak jalan.setakat ni yang sy dah cuba ada 3 jalan.
#jalan yang pertama jalan tar kemudaian ikut track
#jalan yang kedua ikut jalan bukit dagu + monkey bay
#jalan ketiga ni mencabar sikit iaitu memanjat batu putih.
 
 
takdela mencabar sangat memanjat tu cuma bagi yang gayat jangan la panjat sbb kecodongan bukit tu dalam 60 ke 70 degree jgk la..heheheh..tapi tak cuba tak tau kan..so jomla mencuba walaupun sekali..insya allah ketika anda mendaki nnt pasti ada ja yang sedang daki dan mereka akan membantu semangat anda untuk smpai ke atas sana..sebab masa mula mula mendaki kat situ sy dan kak helly agak takut jugak nak teruskan sbb kat tangan ada stick hikking..pastu tak tau nak memnjat pastu nak pegang stick tu la lagi..heheh..gaya macam bagus ja kan nak p hikking la konon..tapi tetiba ada la bro ni pangkat adik la..dia dok tengok kami terkial kial ngan stick tu dengan baiknya dia offer nak tlg bawakkan stick kami tu.so du batang stick dia pegang sambik panjat batu putih dengan lajunya..pastu dok toleh belakang sambil bagi semangat kat makcik makcik yang penakut ni..heheheheh..sampaikat atas tu kami pun bebual la .so dia mmg selalu dah naik batu putih hampir setiap petang.semenjak dr kes tu kami panggil bro tersebut denagan pangilan seruling sebab masa lapangnya dia suka main seruling sebagai job part time kat mana mana funtion..patutla la lajuja dok bawak stick kami daki batu putih..sbb stick tu pun ala ala seruling kan..hahahhaha
 
anak2 pun korang bole jgk bawak.maksudnya laluan tracking ni tidaklah terlalu panjang.
 

main buai kat tepi pantai ..mmg bess wooo..

dipuncak batu putih ramai kenalan kita akan jumpa

pastikan keselamatan anak2 ya sbb puncakni dah la kecik ja dan curam.

pemandangan dari tanjung tuan bole nampak lexis yang cantik tu..

Add caption

Add caption

cantikan kan..yang pakai baju biru tu namanya en anuar.dia la org yang telah mencipta pelbagai laluan tracking dalam tanjung tuan ni..stamina dia mmg mantop..hari2 dia bole berlari dua round pun bole klu tracking dlm tanjung tuan ni.rasanya hampir semua yang selalu datang sini akan terserempak ngan en anuar.heheheh
 
hampir setiap petang hutan rekreasi tanjung tuan ni dihadiri ramai orang.Mereka datang ke sini biasanya untuk melakukan aktiviti jom sihat .Dan pada hari bekerja biasanya muka yang sama sahaja yang kita temui dan dah macam satu keluarga plk.cuma hari sabtu ahad biasanya orang luar yang tinggal di luar port dickson yang akan mai.maka bertambah sarat la bukit batu putih tu.Nak lepak lama lama pun xsyok sebab dah sempit.
 
semoga perkongsian che fa yang tak seberapa ni akan memberi info pada mrk yang belum pernah datang ke sini.selain dari keseronokan mandi laut di teluk kemang tu apa kata korang daki plk tanjung tuan ya.tak jauh mana pun dar teluk kemang ..mb dlm 3 km dr pantai telok kemang.ok semoga berjumpa kembali..nak sambung kerja yang tak siap ni..bye bye