Tuesday, 14 April 2015

tetiba rasa sebak bila teringat zaman menjadi pelajar jarak jauh 2008~2014

as slm semua kepada sahabat..anak murid..guru guru saya serta semua pembaca...harini genap 10 bulan sy menamatkan pengajian pjj di UTM space..tetiba perasaan sedih..sayu..gembira..pelik datang..terpikir semula bagaimana saya melalui kehidupan saya sebelum ni..apa anak saya buat sepnjang saya berjauhan dengan mereka...ketika dalam pantang saya tinggalkan baby ..bagaimana ibu dan adik adik saya menjaga 3 org anak saya..setiap minggu saya tidak ada bersama mereka..kelas dr pagi sampai mlam..ada beberapa jam utk tido mlam ahad ..saya hnya tdo dimasjid bersama sahabat seperjuangan kerana otak dah penat..asalkan dapat lelapkan mata sekejap pun cukupla sbb ahad pagi seawal 8.30 kuliah dah bermula sehinggalah pukul 6ptg...biasannya pukul 5 ptg kepala mulalah dah tak boleh nak fokus sbb susu dah mula membengkak..pikir nak balik cepat cepat ke rumah dr k.l ke seremban..sampai di rumah perkara pertama yang sy buat ialah susukan anak...ya allah tak dapat nak bayangkan selama 5 tahun setengah itulah yang sy lalui..sy hanya pikirkan apa yang akan saya buat utk hari seterusnya tanpa memikir kebelakang..seakan akan seperti robot...bergerak dan terus bergerak...akhirnya abis...now setelah 10 bulan berlalu barulah terkenang kembali..ya allah gigihnya aku..dari seorang anak akhirnya diberikan 4 org cahaya mata setelah aku tamat berlajar...bagi yang melalui pengalaman yg sama seperti aku lalui..pasti memahami perasaan ni..

now...setiap detik dan saat seakan tidak boleh berjauhan dengan anak anak..kekadang fikiran buntu kat mana nak letak baby klu nak p kursus..sapa yg boleh jaga..bolehke baby nak tdo klu aku takde nnt...knp dulu tak sempat pun nak pikir mcm ni..segalanya berjalan lancar..cekalnya hati tinggalkan anak anak walaupun mrk masih baby...ya allah sedihnya la rasa...now setelah 5 thun setengah ..mereka semua dah besar..dengan lahirnya anak ke empat seakan rasa tidak mahu berjauhan sbb tidak sanggup biarkan baby seperti kakak kakak nya yg selalu ditinggalkan ...mb pada masa tu Allah telah berikan kekuatan pada che fa..subhanallah..

setelah 10  bulan juga perasaan rindu utk belajar seakan dtg semula tetapi tak mahu lalui semula belajar jarak jauh...kalau nak berlajar pun che fa nak belajar sepenuh masa dan dapat mnguruskan anak anak depan mata...che fa tidak pernah menyesal memilih utk berlajar pjj ..malah rasa bersyukur sangat sangat sebab dapat bertemu dgn insan insan yang hebat ketika itu..tapi biarla saya melalui suasana yang berbeza sekiranya diberi rezeki untuk sambung semula belajar..

terima kasih dan bersyukur sgt2 kerna mempunya suami dan keluarga yg sgt membantu...semoga Allah membalas jasa mereka...

 

                     
 



No comments:

Post a Comment