Monday, 7 November 2016

kek coklat kukus pakai pressure cooker noxxa yg sangat mudah




as salam...3 hr berturut turut che fa buat kek coklat..selain menjimatkan ia sangat seronok sebab kerja memasak sngat mudah dan bersih dengan menggunakan pc Nxxa ni..bukan nak promote just nak share je..hampir semua anak2..mak mak budak suka makan kek coklat..rasa puas sangat bila kita masak dan ada orang tolong makan.Tapi bagi sesiapa yang takde pc Noxxa anda bole je guna piuk kukus tu tapi jangan lupa alaskan dengan kertas dalam acuan kek bagi memudahkan kita nak keluarkan kek tu dan tutup di atas acuan tu dgn aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam kek.

che fa dah lama ada periuk pressure cooker noxxa ni tapi tak pernah la nak try sbb xda ilmu nak buat kek mnggunakannya..dulu dok pakai beli sbb dalam kepala nak masak sop tulang ja..tp semenjak join group amway mereka selalu share resepi dan cara nak memasak.so rasa beruntungnya aku memiliki periuk ajaib ini..hehehhehe

lets go che fa story cara nak buat kek coklat yang best ni...bahan bahan nya che fa cari ja kat internet..so pastinya che fa cari yang paling mudah nak buat..so setakat ni inilah resepi yang che fa guna dengan confidentnya dan mmg menjadi dengan gebus dan lembab nya..

bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk coklat
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat..che fa pakai 1/2 cawan ja...
1 cawan gula biasa dan pastu che fa kisar bagi hancur
 
bahan B
3 biji telor yang diblender bagi kembang..
(xmau blender pun xpa tapi pukulah sampai kembang..che fa ni malas sikit.hehehhe)

bahan C
1 1/4 cawan tepung naik sendiri..
(che fa mmg suka guna tepung ni sbb che fa ni xsuka nak ayak2 tepung ngan serbuk penaik..leceh je..dengan debu debu yang akan mencemarkan dapo ku..heheheh)


cara-caranya
campurkan semua bahan A dalam periuk yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik yang anggaran muatannya  boleh memuatkan bahan A,bahan B dan Bahan C...tujuannya kenapa???sbb senang takyah nak penat2 basuh piukk..hehehheheh

kacau bahan A di atas api yang kecik sehingga bahan tersebut sebati..pastu tutup ja api dan masukan bahan B iaitu telor yang telang kembang dipukul atau diblender tu.kacau dengan kasih sayang mengikut arah lawan jam..(putaran lalauan kaabah kan mengelilingi lawan jam..hehehehe)..

bila telor dan sebati masukan bahan C iaitu tepung naik sendiri..kacau dan kacau sehingga sebati...bila nampak dan cantik dan sebati terusja tuang dalam piuk ajaib kita tu..tak yah nak letak kertas ke majerin ka..sure tak melekat punya...setkan stim dan masa 30 minit.jangan lupa laraskan injap stim supaya wap bole kelua.

ketika proses memasak periuk tu akan sentiasa ada bunyi signal seperti sudah siap memasak tetapi abaikan bunyi tersebut sehinga masa pada skrin tunjuk bacaan 0 barula buka penutup..

waaa mmg akan terselah kegbusan kek anda..cubalah sendiri..dan telangkupkan periuk anda mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi yangg anda miliki untuk melakukannya..

hiaskan kek anda dengan topping yang sedap dan menyelerakan anda utuk memakannya.


di bawah adalah resepi topping yang sy suka.

topping
  • sedikit serbuk koko
  • susu pekat
  • susu cair
  • sikit mentega tau manjerin atau sikit minyak nak bagi kilat

sukatan untuk topping ikut deria rasa korang..sebab serbuk koko tu pahit so nak bagi sedap kita kena letakkan susu pekat so pendaila korang nak isi berapa banyak ya..masak kesemua bahan dia atas api yang kecik hingga sebati dan pekat dan tuang dia tas kek yang telag siap

cari je bekas tuppawe yang muat muat kek ni senang nak tuang topping atas tu.mudah nak simpan dalam peti  dan coklat topping  akan meleleh terus dalam bekas.coklat tu kita boleh sauk klu sukakan ektra..heheheh

bertambah biras dan adik ipar che fa ni makan sbb kek ni baru sahaja siap ketika mereka sampai ke rumah che fa..memang langkah kanan ek..nyum nyummm
 

selamat mencuba ya..



Bukit Batu PutihTanjung Tuan Port Dickson untuk jom sihat.!!!

hahahahhahahahahahhahahahahahahahahahahahah!!!

as salam semua..jumpa kembali..lama gila che fa tak menulis..rasa hrni nak menulis plk setelah abis kerja making paper final..padahal ada lagi kerja lain yg menunggu tapi nak juga mengintai blog yg penuh habuk ni..hehehhe


topik harini che nak cerita pasal tanjung tuan.Lokasi hutan rekreasi Tanjung tuan ni tak la Jauh sgt dr umah che fa...dan opis che fa pula sebelah umah jgk..so sgt la dekat kan..che fa menetap di port dickson ni sejak 2003 lg tapi tak tahula rupanya hutan rekreasi Tanjung Tuan ni galmor ..Ya Allah nampak sangat lah che fa ni anti social..huhuhuhu sedeyyyy kan..mmg che fa akuai dulu hujung mnggu masa che fa abiskan utk pergi kuliah dan hari-hari biasa dihabiskan dengan rutin harian yang tak pernah nak abis kerjanya sebagai seorang pengajar di politeknik dan ibu di rumah.

Tp semenjak che fa ada opis mate baru kak helly ni maka bermula aktiviti jom sihat mendaki di Tanjung tuan.Kiranya baru sekarang kot jumpa opis mate yg minat kearah tracking.sebelum ni mb takde geng ..sebab tak semua orang mempunyai minat yang sama..che fa ni mmg sukakan aktiviti outdoor..kekadang mmg kita ni sibuk tapi klu ada geng yang punya minat yang sama masa yang sibuk tu bole diadjust..heheheh..kan!!!

let go che fa story pasal Tanjung tuan ni..bila u all masuk kat dalam hutan ni..ada banyak laluan tracking..bagi yang baru nak bermula u all elok la lalu jalan tar dulu..walaupun jalan tar megahhh bebb!!!hehehe..u all dtg ja sini sure ramai ja orang..nnt follow je depa..klu nak ikut jalan tar just jalan ja terus hingga hujung jalan pastu u all akan nampak umah api.dr situ u all akan nampak view laut yg luas lagilah cantik..jagan lupa cakap subhanallah tau..hehehe

bagi yang ada energy tu sgt2 di alukan teruskan tracking korang meredah hutan..untuk jumpa "Batu Putih Tanjung Tuan"..view kat sini lagi la cun...lagi lagi masatu ada angin kuat..perhhhh rasa xmau balik nak tdo ja situ...untuk berjumpa dengan laluan track batu putih korang kena masuk hutan sikit sebelah kanan sebelum jumpa rumah api.kalu korang mai sini dan nampak ada org tetiba belok je kanan dan  masuk hutan ..nant korang follow la..jgn takut sebab laluan denai tu mmg telah disediakan..ikutja laluan tu insya allah akan smpai..tak akan sesat..heheheheh...cuma dr jalan tar nak ke puncak batu putih tu mb ambik masa dlm 1km kot...so korang boleh anggar la stamina yang korang akan perlukan..heheheheh

 
nie view waktu petang dlam kul 5.45pm
 
 
puncak Batu Putih ni keluasan nya kecik ja.cantik kan view laut.
 
 
 
perhatian!!
 
untuk sampai ke puncak Batu Putih tu ada ada bnyak jalan.setakat ni yang sy dah cuba ada 3 jalan.
#jalan yang pertama jalan tar kemudaian ikut track
#jalan yang kedua ikut jalan bukit dagu + monkey bay
#jalan ketiga ni mencabar sikit iaitu memanjat batu putih.
 
 
takdela mencabar sangat memanjat tu cuma bagi yang gayat jangan la panjat sbb kecodongan bukit tu dalam 60 ke 70 degree jgk la..heheheh..tapi tak cuba tak tau kan..so jomla mencuba walaupun sekali..insya allah ketika anda mendaki nnt pasti ada ja yang sedang daki dan mereka akan membantu semangat anda untuk smpai ke atas sana..sebab masa mula mula mendaki kat situ sy dan kak helly agak takut jugak nak teruskan sbb kat tangan ada stick hikking..pastu tak tau nak memnjat pastu nak pegang stick tu la lagi..heheh..gaya macam bagus ja kan nak p hikking la konon..tapi tetiba ada la bro ni pangkat adik la..dia dok tengok kami terkial kial ngan stick tu dengan baiknya dia offer nak tlg bawakkan stick kami tu.so du batang stick dia pegang sambik panjat batu putih dengan lajunya..pastu dok toleh belakang sambil bagi semangat kat makcik makcik yang penakut ni..heheheheh..sampaikat atas tu kami pun bebual la .so dia mmg selalu dah naik batu putih hampir setiap petang.semenjak dr kes tu kami panggil bro tersebut denagan pangilan seruling sebab masa lapangnya dia suka main seruling sebagai job part time kat mana mana funtion..patutla la lajuja dok bawak stick kami daki batu putih..sbb stick tu pun ala ala seruling kan..hahahhaha
 
anak2 pun korang bole jgk bawak.maksudnya laluan tracking ni tidaklah terlalu panjang.
 

main buai kat tepi pantai ..mmg bess wooo..

dipuncak batu putih ramai kenalan kita akan jumpa

pastikan keselamatan anak2 ya sbb puncakni dah la kecik ja dan curam.

pemandangan dari tanjung tuan bole nampak lexis yang cantik tu..

Add caption

Add caption

cantikan kan..yang pakai baju biru tu namanya en anuar.dia la org yang telah mencipta pelbagai laluan tracking dalam tanjung tuan ni..stamina dia mmg mantop..hari2 dia bole berlari dua round pun bole klu tracking dlm tanjung tuan ni.rasanya hampir semua yang selalu datang sini akan terserempak ngan en anuar.heheheh
 
hampir setiap petang hutan rekreasi tanjung tuan ni dihadiri ramai orang.Mereka datang ke sini biasanya untuk melakukan aktiviti jom sihat .Dan pada hari bekerja biasanya muka yang sama sahaja yang kita temui dan dah macam satu keluarga plk.cuma hari sabtu ahad biasanya orang luar yang tinggal di luar port dickson yang akan mai.maka bertambah sarat la bukit batu putih tu.Nak lepak lama lama pun xsyok sebab dah sempit.
 
semoga perkongsian che fa yang tak seberapa ni akan memberi info pada mrk yang belum pernah datang ke sini.selain dari keseronokan mandi laut di teluk kemang tu apa kata korang daki plk tanjung tuan ya.tak jauh mana pun dar teluk kemang ..mb dlm 3 km dr pantai telok kemang.ok semoga berjumpa kembali..nak sambung kerja yang tak siap ni..bye bye
 


Tuesday, 14 April 2015

tetiba rasa sebak bila teringat zaman menjadi pelajar jarak jauh 2008~2014

as slm semua kepada sahabat..anak murid..guru guru saya serta semua pembaca...harini genap 10 bulan sy menamatkan pengajian pjj di UTM space..tetiba perasaan sedih..sayu..gembira..pelik datang..terpikir semula bagaimana saya melalui kehidupan saya sebelum ni..apa anak saya buat sepnjang saya berjauhan dengan mereka...ketika dalam pantang saya tinggalkan baby ..bagaimana ibu dan adik adik saya menjaga 3 org anak saya..setiap minggu saya tidak ada bersama mereka..kelas dr pagi sampai mlam..ada beberapa jam utk tido mlam ahad ..saya hnya tdo dimasjid bersama sahabat seperjuangan kerana otak dah penat..asalkan dapat lelapkan mata sekejap pun cukupla sbb ahad pagi seawal 8.30 kuliah dah bermula sehinggalah pukul 6ptg...biasannya pukul 5 ptg kepala mulalah dah tak boleh nak fokus sbb susu dah mula membengkak..pikir nak balik cepat cepat ke rumah dr k.l ke seremban..sampai di rumah perkara pertama yang sy buat ialah susukan anak...ya allah tak dapat nak bayangkan selama 5 tahun setengah itulah yang sy lalui..sy hanya pikirkan apa yang akan saya buat utk hari seterusnya tanpa memikir kebelakang..seakan akan seperti robot...bergerak dan terus bergerak...akhirnya abis...now setelah 10 bulan berlalu barulah terkenang kembali..ya allah gigihnya aku..dari seorang anak akhirnya diberikan 4 org cahaya mata setelah aku tamat berlajar...bagi yang melalui pengalaman yg sama seperti aku lalui..pasti memahami perasaan ni..

now...setiap detik dan saat seakan tidak boleh berjauhan dengan anak anak..kekadang fikiran buntu kat mana nak letak baby klu nak p kursus..sapa yg boleh jaga..bolehke baby nak tdo klu aku takde nnt...knp dulu tak sempat pun nak pikir mcm ni..segalanya berjalan lancar..cekalnya hati tinggalkan anak anak walaupun mrk masih baby...ya allah sedihnya la rasa...now setelah 5 thun setengah ..mereka semua dah besar..dengan lahirnya anak ke empat seakan rasa tidak mahu berjauhan sbb tidak sanggup biarkan baby seperti kakak kakak nya yg selalu ditinggalkan ...mb pada masa tu Allah telah berikan kekuatan pada che fa..subhanallah..

setelah 10  bulan juga perasaan rindu utk belajar seakan dtg semula tetapi tak mahu lalui semula belajar jarak jauh...kalau nak berlajar pun che fa nak belajar sepenuh masa dan dapat mnguruskan anak anak depan mata...che fa tidak pernah menyesal memilih utk berlajar pjj ..malah rasa bersyukur sangat sangat sebab dapat bertemu dgn insan insan yang hebat ketika itu..tapi biarla saya melalui suasana yang berbeza sekiranya diberi rezeki untuk sambung semula belajar..

terima kasih dan bersyukur sgt2 kerna mempunya suami dan keluarga yg sgt membantu...semoga Allah membalas jasa mereka...

 

                     
 



Thursday, 12 March 2015

waa..leganya perasaan ni setelah 3 bulan cuti bersalin anak ke 4..

assalamualaikum..tahun 2015 umur che fa dah 33 pada 18.jan yg lalu..kini baru berkesempatan nak buat blog...tujuan blog ni dibagunkan adalah utuk menyimpan segala cerita indah yg boleh dijadikan kenangan terindah atau juga boleh dikongsi bersama bersama pembaca blog yang lain..
bersama baby aisyah berjalan jalan genap 2 bln

harini dah masuk hari ke 5 che fa masuk kerja setelah 3 bulan cuti bersalin pada 9.12.2014..kali ni perasaan che fa seronok sgt dapat cuti lama lama dan che fa betul2 rasa nikmatnya menjaga baby dalam pantang dan nikmatnya duduk dirumah sendiri bersama anak2..bukan bermaksud che fa tak seronok berpantang dirumah mak che fa tapi che fa rasa bahagia dapat tgok anak2 membesar depan mata setiap hr dan mnguruskan mereka sndiri bersama suami tercinta....walaupun penat tp ada bahagia di situ..huhuhu...(tapi kekadang che fa stress jugala klu datang angin anak2 ni..tapi maintain positive..)



ye la klu dulu istilah berpantang macam tak wujud je kerana walaupun berpantang che fa still kena pikirkan kuliah..test..final...gigih teruskan pengajian demi utk dapatkan segulung ijazah..sebulan pertama suami la yg kena hantar che fa ke kuliah dr seremban ke utm k.l..sampai k.l nasibla che fa ada sahabat baik yg sgt baik che fa jumpa di utm space..mak noni nama glamornya..sbbkan che fa ada sahabat camnila ..rasanya semangat tu semakin kuat utk habiskan pengajian pjj yg sgt panjang rasanya..jika takde kawan yg ok dan semngat yg tinggi..rasanya dah lama che fa ucapkan selamat tinggal kat utm ni...belajar sebenarnya tak susah tapi yg susahnya adalah pengurusan masa..dengan kerja..dengan family dgn blaja..alhamdulillah..kini semua tu telah berakhir...bnyak sgt kengan yg che fa dapat masa tu..ada masa mcm nak menitis air mata bila terkenangkan kegigihan che fa ni...hehe..ingat lagi setelah kelahiran anak ke2 che fa berpantang sambil membaca buku sbb nak final pada hari ke 18..manakala anak ke 3 che fa trus gigih ke kuliah setelah 11 hari kelahiran..bila pikir semula mcm tak percaya je..ye la che fa kena duduk di dalam kuliah dalam masa yg panjang biasanya direct 4 jam..ada masa che fa kena panjat tangga 4 tingkat sbb bangunan utm ni mana ada lift..huhu..

berkonvo bersama dan mngandung anak ke 4 bersama..
nampak tak keserasian kami di situ..heheh



Alhamdullillah..1.nov 2014 che fa berjaya juga konvo dan yg paling kelakar che masuk paper sbb hamil 8 bulan anak ke4..subhanallah.. Allah swt  maha pengasih dan penyayang..segala kesusahan dan rintangan semuanya dapat diharungi dengan tenang atas pertolonganNya..terima kasih kepada suami dan keluarga yg sgt membantu sepnjang pengajian pjj UTM SPACE..2008~2014..luve  u all 4eva.. :-)


masuk paper harian metro 2.11.12014...glamor rasanya..












tercapai juga hajat nak buat blog....

assalamualaikum..terima ksih kpd sahabatku kak hasny sudi ajar che fa buat blog..dah lama sgt nak buat tp serius asyik gagal je...entah kenapala che fa sgt slow bab IT ni..huhu..semoga blog che fa ni akan memberi manfaat pd hidup che fa dan keluarga serta semua pembaca..insya allah...

che fa nak jadikan blog ni untuk menulis apa sahaja coretan yang indah sepanjang hidup che fa..sebenarnya che fa pernah berangan untuk membukukan kisah hidup che fa selama ni semasa bergelar pelajar pjj suatu ketika dulu..sbb ramai sahabat che fa suka tanya mcmne che fa bahagiakan masa dengan kerja..kelurga..bisnes..berjimba jimba sepanjang bergelar pelajar...che fa still maintain cool jek..hahaha..sebenarnya takde rahsia pun..yg penting kn ada planning dan pengurusan masa yg cekap...ketika kita busy sebenarnya kita dapat mnggunakan masa semaksimanya..klu tak percaya..cb sibukkan diri dgn pelbagai aktiviti..pasti cukup je ms tu...

sepanjang bergelar pelajar jarak jauh ni..kawan di opis che fa ni sgt memahami dan memberi semangat..che fa tak rasa rendah diri pun pada mereka..walaupun mereka dah ada degree dan master tapi mereka sgt memberi semangat..tidak berkira bab kerja sebab faham kesibukkan che fa..


 
bersama rakan perempuan di jab.kej mekanikal ppd
 
yg paling mnyentuh hati..pada hari konvokesyen che fa di utm..mereka telah mnghantarkan wakil pejual bear pada che fa..walaupun mrk tidak ada bersama dihari yg bahagia tu..tp terharu sgt..che fa doakan semoga kejayaan dan kebahagian sentiasa mengiringi hidup mrk....amin..


 
dapat hadiah istemewa dari rakan rakan pejabat semasa
konvokesyen di UTM